Sunday, 2 April 2017

Jenis Rawatan Yang Ditawarkan

Di Bekam Musafir, kami menawarkan beberapa kaedah rawatan yang akan diaplikasikan kepada client kami selepas mengdiagnos mereka terlebih dahulu. 

Sila klik SOP Rawatan Bekam Musafir untuk mengetahui Kaedah Operasi Standad kami.

Ini bertujuan bagi mendapatkan kaedah rawatan yang sesuai dan tepat bagi memberikan kesembuhan yang optimum kepada client kami disamping mempastikan akta 775 oleh Kementerian Kesihatan dipatuhi dengan sebaiknya.

Berikut adalah kaedah rawatan yang kami tawarkan:


1. Bekam



2. Urutan




3. Terapi Nutrisi/Herba




Pen Lancet Auto


Pen Lancet : RM 30
Kami juga membekal pen jarum stainless steel berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan









HARGA RM 30

CALL/WHATSAPP 601120816604

Cup Bekam

Cup Bekam: RM 55



  • Kami membekal set alatan bekam jenama Kang Shung Xiang 24 cups

  • Set Bekam Kang Shung Xiang 24 cawan adalah set bekam yang berkualiti tinggi SETARA dengan Cup Kang Zhu.
  • Di dalam set ini, terdapat:

    - 1 x Pam Size besar
    - 1 x Kayu Guasa
    - 1x Minyak Aroma Terapi
    - 4x Cup size 1
    - 4x Cup size 2
    - 4x Cup size 3
    - 4x Cup size 4
    - 4x Cup size 5
    - 2x Cup lengkung size 2
    - 2x Cup lengkung size 2







HARGA RM 55
Call/ Whatsapp 01120816604
Madu Tualang: RM 50


Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti diperakui oleh para penyelidik. Ia juga dikenali sebagai madu hutan tropikal (Tropikal Forest Honey), dihasilkan oleh lebah liar dikenali sebagai lebah sialang. Malaysia adalah antara negara bertuah yang mempunyai hutan hujan tropikal tertua dan terkaya di dunia. Sumber flora dan faunanya yang hebat dengan pelbagai species lebah liar yang tidak terdapat di negara lain. Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok kayu balak yang tertinggi. Ia banyak didapati di hutan Semenanjung Malaysia terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terangganu. Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para penyelidik. Ia mengandungi debunga, mineral, kepelbagaian khasiat vitamin dan enzim semulajadi dan tidak ada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah ternak.




HARGA RM 50

CALL/WHATSAPP 601120816604

Saturday, 1 April 2017

Standard Operasi Pusat Rawatan Musafir (SOP)

"Soalan yang biasa di utarakan oleh para client kepada kami"

1. Berapa RM ya kos rawatan percup?
2. Saya nak bekam di kepala sahaja boleh ke?
3. Saya x mahu bekam di kepala ya
4. Kalau saya kongsi pakej ni dengan kawan boleh bayaran separuh2 ke?
5. Kenapa bekam ni mahal sangat casnya?

SOP Pusat Rawatan Musafir
Insyallah akan kami ungkaikan persoalan2 tersebut satu persatu.
.
Pertama2 sekali, marilah sama2 kita mengucap puji dan syukur kehadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnianya, dapat kami memberikan sedikit sebanyak penerangan berkaitan dengan kaedah dan prosedur rawatan standard di tempat kami.
.
Segala puji bnya yang menciptakan kita semua dari Nabi Adam.

Ada pun kami dari PUSAT RAWATAN MUSAFIR secara amnya menawarkan kaedah rawatan komplementari yang dipanggil oleh masyarakat sebagai kaedah rawatan alternatif.
.
Di antara modeliti rawatan yang kami tawarkan adalah termasuk kaedah Gaya Hidup Sihat Insaniah (GHSI), Bekam, Urutan, Spa dan Nutrisi Pemakanan yang mana akan ditawarkan kepada para client kami, selepas mereka semua menjalan proses cerapan diagnos (mencerap punca, gejala) dari para perawat kami.
.
Secara umumnya untuk makluman semua, segala proses rawatan tidak dapat kami jalankan selagi mana proses diagnosis(mencerap punca, gejala) tidak dibuat. Ini bermakna, client yang hadir ke pusat rawatan kami akan diberikan kaedah rawatan yang terbaik dan paling sesuai berdasarkan kepada permasalahan dan punca berlakunya sesuatu masalah kepada client kami.
.
Sebagai contoh, kadang kala ada client yang datang kerana sakit kepala dan ingin berbekam kerana kebiasaanya selepas berbekam di bahagian kepala di sebuah pusat rawatan yang lain kesakitan tersebut akan hilang. Akan tetapi berlainan situasinya di Pusat Rawatan Musafir. Client tersebut tidak akan kami bekam, tetapi mereka haruslah:

1.Di diagnos dahulu puncanya.
2. Selepas mengetahui DAS, TLS dan PS, Konsultansi Gaya Hidup Sihat Insaniah akan kami berikan terlebih dahulu.

Kesudahannya, sakit kepada client hilang semasa proses Konsultansi tersebut dan tidak perlu langsung berbekam.
.
Jadi secara ilmiahnya, selepas mengdiagnos dan mendengar keluhan daripada Client kami, biasanya punca permasalahan akan segera dapat diketahui. Dan untuk makluman, punca client tadi sakit kepala adalah kerana stress yang melampau, sehinggakan menimbulkan gejala sakit kepala. Tidak dinafikan, sekiranya dibekam titik penyakit, sakit itu akan juga hilang dengan segera. Akan tetapi, ketepatan rawatan yang sesuai insyallah akan membantu mengelakkan sakit yg sama daripada terus berulang.
.
Apa yang kami buat semasa proses diagnosis dan konsultansi tersebut?
.
Selepas mengenal pasti TLS, DAS dan PS, tahulah kami puncanya adalah daripada Sistem I client tersebut. Puncanya adalah kerana, motivasi dan kepercayaan Client tadi telah hilang akibat daripada tekanan kerja yang dialami.
.
Keadaan sakit kepala client tersebut akan sentiasa berulang, jika JIWA dan ketenangan client tersebut tidak dirawat. Jadi konsepnya adalah, punca sebenar sesuatu penyakit dapat diketahui jika client didiagnos terlebih dahulu. Diantara kelebihan mendiagnos adalah:
1. Memberikan kesembuhan total jika sekiranya punca utama masalah di ketahui.
2. Mengelakkan risiko2 pengsan dan lain2 risiko termasuk kematian semasa rawatan. Ini kerana, tidak semua penyakit boleh dibekam, di urut dan sebagainya.
.
Bagi client di atas, punca utama motivasi beliau hilang kerana kegagalan beliau di dalam memperbaharui niat. Apa itu niat?? Secara umumnya, sekiranya seseorang itu sentiasa membetulkan niat mereka di dalam keadaan keluh kesah, motivasi diri mereka akan terus meningkat. ini kerana motivasi = niat. Jika berterusan niat yang terbaik, maka motivasi diri akan sentiasa meningkat dan kuat.
.
Apa kelebihannya kita memperbaharui niat?
Kelebihan memperbaharui niat dapat dilihat pada sistem JIWA seseorang. Secara saitifik ia dipanggil IMUN. Apakah dia IMUN? imun adalah pertahanan luar diri manusia bukan sahaja daripada serangan penyakit dan kuman, bahkan imun juga adalah sifat ketahanan kita dengan fitnah, tomahan, hasad dengki serta unsur2 negatif daripada masyarakat.
.
Sekiranya niat seseorang itu kuat, motivasi diri mereka akan turut kuat, dan mereka akan menjadi lebih IMUN kerana rembesan hormon melatonin merangsang penghasilan hormon - hormon yang lain. Ini akan membantu mereka daripada menghadapi masalah tertekan dan kurang motivasi selain dari kurang kepercayaan,ketertiban, kecintaan dan kebergantungan.

Insyaallah sampai disini dahulu perkongsian dari kami TEAM BEKAM MUSAFIR. Insyallah, kalau ada jodoh, bertemu lagi kita di penulisan kami yang seterusnya. Sekian. Wassalam